Surat Pekeliling


campaign image campaign image campaign image campaign image



They Read

Sunday, July 17, 2011

10 tanda lelaki budiman atau gentlemen



Ehem! Gentleman kah lelaki itu? Jom kite tengok ciri2 seorang lelaki budiman ataupun gentlemen

1. Mematikan telefon bimbit
Especially semasa menghadiri mesyuarat, temuduga ataupun ketika majlis sedang berlangsung. Jika sedang menantikan panggilan penting, silent your phone ok?

2. Pintu
Tidak kira lelaki mahupun wanita, pastikan korang tahan pintu dari terus tertutup untuk orang di belakang. Xdela nanti ade yang terantuk akibat ketidakprihatinan korang tu

3. Buah tangan
Yang ni memang jarang dilihatku. Lelaki sekurang-kurangnya perlu membawa sedikit buah tangan untuk tuan rumah jika berkunjung ke majlis atau menerima jemputan. Tak payah nak mahal-mahal, the thought that counts!

4. Arah jalan
Jika berjalan kaki, pastikan di sebelah kiri. Sama ada di kaki lima , eskelator ataupun di tangga. Ini memudahkan laluan dan takdela nak bertembung dengan org yang dari arah bertentangan. Ikut saja format jalan raya di negara kita ni. Kalau anda di luar negara, ikut lah format di sana pula.

5. Ucap maaf dan terima kasih
Tidak kira pada sesiapa sahaja. Isteri, anak2, tetamu, pelayan di restoran, pelanggan, pemandu teksi atau sesiapa saja. Kata otang, dua ni lah ayat paling berkuasa sekali. Yang mampu menukarkan sesuatu masalah kepada perkara yang mudah.

6. Bergaul
Jika korang berada di dalam majlis, dan tidak mengenali kebanyakkan tetamu di sana, janganlah just menghadap makanan je. Hadap jugaklah tetamu2 yang lain. Atau kalau dh segan sangat tu, pekata mulakan dengan senyuman? :) Dan ketika menikmati makanan tu pastikan adab dan etika masih dipraktikkan ye? Hormat lah sket majlis dan tuan rumah tu..

7. Memegang benda
Pastikan korang memegang beg, fail, cawan atau makanan dengan tangan kiri supaya senangla nk bersalaman dengan tetamu dalam majlis tu. Tapi ingat, pegang je dengan tangan kiri tu! Bila makan atau minum, pastikan dari tangan kanan ye. Kalau x memang ibaratnya korang minum dan makan minuman dan makanan syaitan lah yerr~ ;)

8. Penghargaan
Puji pakaian atau solekan sebagai tanda penghargaan buat kawan2 korang tu. Tp biarlah nampak ikhlas ye tak? Atleast ia bokeh dijadikan pembuka bicara.

9. 'Eye contact'
Pastikan bila bercakap tu, pandanglah mata orang yang bercakap dengan anda tu. Jangan lupa senyum juga tau! Sangatlah biadap kalu orang tengah bercakap dengan kite tapi kite sebok dok usha orang atau benda lain plak. Kann?

10. Situasi
Yang penting, fahami situasi dan sesuaikan diri dengan keadaan sekeliling. Masuk kandang kambing mengembek lah bak kata orang..


jom la join churpchurp! nak tau ape tu churpchurp?bole je. klik la mane2 :D



BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...