Surat Pekeliling


campaign image campaign image campaign image campaign image



They Read

Friday, March 30, 2012

Tentang Pemakaian Cincin dan...

Rasulullah s.a.w. ada mengingatkan menantunya Sayidina Ali k.w. sebaik mengahwini puteri baginda Sayidatina Fatimah r.ha. Baginda berpesan kepada Sayidina Ali, jika memakai cincin, pakailah di:

1. Jari manis
2. Jari kelingking


Rasulullah s.a.w. menegah memakai cincin pada jari tengah (jari hantu) dan jari telunjuk. Kenapa? Kerana ia menyamai cara kaum Nabi Lut berhias. Kaum Nabi Lut itu ialah kaum dilaknati Allah kerana derhaka kepada-Nya.

Justeru, sama ada anda lelaki atau perempuan, ikutlah sunnah nabi s.a.w. apabila berhias memakai cincin. Bukan sahaja jari manis dipandang, malah dapat pahala pula.





Jumhur fuqaha' berpendapat ia adalah sunnah Nabi; Imam al Baihaqi dalam al Jami' menjelaskan ia adalah sunnah. Imam az Zuhri meriwayatkan dari Anas bin Malik, bahwa Nabi bersabda,aku diperintah memakai kasut dan cincin (alQadhi dalam kitab libas wal zinah min assunnah hal.172)




Bahan/logam pembuatan cincin
Imam al Baihaqi: perak bagi lelaki dan emas bagi wanita. Dalil diharamkan emas bagi lelaki, HR Ibn Abbas meriwayatkan Nabi telah terlihat seorang lelaki memakan cincin emas, baginda mengambilnya dan melemparkannya. (HR Muslim)
Logam-logam lain: Ibn Rajab al Hambali; makruh memakai cincin besi, tembaga dan tembaga merah. Harus memasukkan batu permata pada cincin; kecuali batu permata atau seumpamanya yang berkaitan dengan khurafat.





Hukum membuat tulisan pada cincin.
Imam al Baihaqi: harus menulis tulisan pada cincin kerana berdasarkan amalan Nabi saw yang membuat sebentuk cincin dr perak dan menulis kalimah Muhammad RasuluLlah.Ibn Umar, Imam Syafi'iy, para khalifah dan hakim menulis nama-nama mereka pada cincin merka. Imam Nawawi (alAzkar) harus menulis kalimah zikrullah atas cincin





Hukum memakai beberapa bentuk cincin
Imam al Baihaqi: tidak ada keterangan melarang amalan memakai cincin lebih daripada satu. Ia terpulang kepada adat, tempat dan kumpulan manusia.

tetapi Islam mengajar umatnya untuk bersederhana dalam segala hal. menurut Ustaz Azhar Idrus, lebih afdal memakai maksimum 3 bentuk cincin, di jari kelingking atau jari manis di kedua2 belah tangan




Mana lebih afdhal, pakai pada tangan kiri atau kanan?
Al Baihaqi: Rasulullah saw dan seluruh para khulafa arrasyidin memakai pada tangan sebelah kiri. Namun ia menjadi khilaf fuqaha': Malik dan Syaf'iy: afdhal tangan kiri; Hanbali dan Hanafi: sebelah kanan.

Imam Nawawi: (kitab: syarah sahih Muslim) Jumhur fuqaha' berpendapat harus pada jari kiri tetapi tiada makruh memakai pada jari kiri atau kanan.

Imam Malik, Syafi'iy dan Hanbali: yang paling utama ialah jari kelingking, sesudah itu jari manis (al binsyir)





Keutamaan memberi cincin sebagai hadiah
Ibn Hajar asqalani (al Isti'dad): HR Aisyah menceritakan sebelum Allah memasukkan ahli syurga ke Syurga , Dia mengutus Malaikat yang membawa pakaian dan sesuatu hadiah; ditanyakan apakah hadiah itu. jawab Aisyah: 10 bentuk cincin




Menjadikan cincin sebagai sebahagaian daripada mahar (maskahwin)
Ia harus dan menjadi sebahagian daripada adat umat Islam menjadikan cincin sebagai tanda pertunangan dan mahar, Ini menepati dengan firman Allah dan kamu telah memberikan kepada seseorang di antara mereka (wanita yang dikahwini) dengan mahar yang banyak.: (maksud s An Nisa': 20)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...