Surat Pekeliling


campaign image campaign image campaign image campaign image



They Read

Wednesday, September 19, 2012

Tips : Bincang dengan fotografer dan videografer (OP dan OV)



I nak rehat dari publish gambar gambar majlis.
pastu datang pulak idea dari pengalaman sendiri, berkaitan dengan atur cara majlis
sori la kalau tetiba jump topik kan..
tapi selagi masih ingat ape nak share, baik share. ye x? :D

Seeloknya bakal-bakal pengantin ajak jurugambar / OP (official photographer) dan juruvideo / OV (official videographer) berjumpa untuk berbincang tentang perjalanan majlis anda dan apa yang anda mahu mereka "highlight" dalam majlis tu.

Saya sendiri tak berupaya untuk ajak kedua-duanya datang berbincang atas beberapa sebab;
1. OP ni kenalan Abah. jadi bile xkenal ni jadi segan plak nk ajak jmpe. moreover, OP saya dh biasa dengan shoot org sword bearer. sbb tu i just trust him.
2. OV saya dah email tp die kate xperlu jmpe. so i was like, ok then. kalau xelok, siap ang! (justkidding)

here are some of good points yang korang boleh bincangkan dengan OP dan OV anda serentak atau jmpa berasingan pun bole; (what to disscuss is up to u. just inform sapa yang terlibat , dimana atau jangka masa aturcara pun ok)

- Hari Nikah -
1.Waktu Ketibaan Pengantin
2.Pemeriksaan borang-borang dan tandatangan bersama Tok Kadi
3.Tazkirah
4.Akad Nikah
5.Doa
6.Tandatangan borang
7.Penyerahan Mas Kahwin / Duit Hantaran
8.Batal air sembahyang – sarung cincin / gelang / rantai
9.Cium tangan dan dahi
10.Group Photo
11.Posing Indoor / Outdoor

- Hari Bersanding -
1.Make up (bagi yang bertudung, sewajarnya setelah siap mekap baru touch up)
2.Posing make-up
3.Berarak
4.Bersanding
5.Tepung tawar / merenjis
6.Group photo
7.Makan beradab
8.Potong kek
9.Aktiviti bebas
10.Group photo
11.Posing pelamin / katil
12.Outdoor



boleh jugak pin out dengan OV dan OP korang supaya sentiasa snap atau rekod gambar suasana majlis tu.
bukan just formal snap je.
galakkan snap candid photos (kalau dorg ade bg unlimited shoot la)
boleh juga minta OP / OV sentiasa jugak snap / rekod pengantin tgh sembang2 dengan tetamu or chilling with friends ke.. (sbb ade kenalan yang dapat vendor yang malas buat kerja2 ni. haisshh..makan gaji buta nampak?:P)
benda2 tu la yang best dibuat kenangan. sbb susah nak dpt lagi.
snap berdiri macam gambar majalah sekolah tu bole dibuat.
but well, dats from my point of view la. up to anda2 jgk :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...