Surat Pekeliling


campaign image campaign image campaign image campaign image



They Read

Monday, January 7, 2013

15 Tips Menjadi Pengapit Lelaki dan Perempuan yang Bagus



warning : entry panjang. tapi berguna

Pengapit, sebenarnya bermaksud pengiring, pembantu atau pendamping bagi orang-orang besar, berpangkat atau golongan bangsawan. 
Biasanya, golongan ini mempunyai pengapit yang dipanggil ajutan, terutama sekali kepada para pegawai tinggi tentera atau polis.  
Jadi kalau anda berjumpa dengan mana2 tentera yang kata die seorang Ajutan maknanya tugasnya macam pengapit la kepada pegawai tinggi tersebut. 

Dalam majlis perkahwinan, pengapit ialah orang yang menjadi pembantu, pengiring dan pengurus kepada pengantin.
untuk lebih pemahaman, sila baca ini

Pada pendapat saya, lebih sesuai sekiranya pengapit ini terdiri daripada teman rapat berbanding adik beradik rapat sendiri kerana adik beradik lebih sesuai membantu hal2 lain dalam majlis atau hal2 kecemasan majlis kerana adik beradik lebih tahu tentang apa sahaja berkaitan dengan majlis tersebut.

pengapit kami yang did a good job!




Saya bukan nak bercakap tentang kelayakkan seseorang nak jadi pengapit tetapi tips atau petua kepada sesiapa yang dilantik sebagai pengapit, ini adalah untuk anda.
Bagi pengantin yang masih tak tahu nak pilih siapa sebagai pengapit anda, ini juga boleh dijadikan panduan kepada anda untuk memilih calon2 pengapit yang sesuai.




1. NEVER overshadow pengantin.
Means, melaram tu biarlah berpada pada. biasanya perempuan la kn.
jangan la sampai mengalahkan pengantin pula.
This is not your big day. This is HER BIG DAY!
So kasi can la die nak nampak gorgeous that day.



2. Harus tebalkan muka menghadap mata2 yang bakal memandang ke arah anda kerana anda berada di SEBELAH WATAK UTAMA iaitu si pengantin.




3. Senyum manis. bukan sengih kambing.Kamera pun akan selalu menghala ke arah anda (lebih tepat: pengantin) so jangan buat muka2 awkward or masam je k?
Walaupun its not your big day tp sebagai pengapit, kita taknak la menjadi punca gambar indah jadi masam sebab muka kita yang tak reti nak senyum tu!


ni gambar sebelum nikah.tengah2 tu pengapit saya.



4.  Pengapit lelaki mahupun perempuan perlu ada tisu di tangan atau poket mereka sentiasa.
Kalau tangan tu jenis cepat berpeluh, simpanlah dalam poket.
Kalau xde, pegang la dengan cermat.
Atau sediakan sapu tgn.
Segala macam comot yang mungkin akan timbul semasa pengantin makan, bolehlah korang dap kan muka pengantin.
Bagi yang perempuan, tambahan span bedak perlu ada.
Minta atau pinjam daripada make up artis jika pengantin tak milikinya.
Jangan main sapu je ganas2.
Nanti bedak hilang atau muka bersapok, haa..gasak la korang kene nanti.
Ikut pengantin ke mana sahaja mereka pergi terutama jika majlis tak dibuat dalam bangunan yang berhawa dingin.
Matahari atau haba dalam majlis tu mungkin akan mencairkan mekap pengantin.
Jadi di situlah fungsi span bedak tu.
kalau menangis ke peluh ke ape ke pun lebih baik gunakan span bedak berbanding tisu agar mekap tak tertanggal dari wajah.


bagus kan pengapit pengapit ni? haha





5. Mengipas dan melindungi pengantin daripada cahaya matahari.
Yer, kipas dan payung kan pengantin yer, bukan kipas dan payung diri kamu!
Bukan sahaja kesian pengantin kepanasan, tapi anda juga akan kelihatan tidak senonoh dan boleh dilabelkan sebagai "pengapit hampeh". Oopss!

 nampak tak betapa bagusnya pengapit kita? dalam bangunan pun die payung kan lagi. hehe ;)

dari sini boleh lihat betapa terlindungnya kami :')


pengantin baru mengapit pengantin baru. mereka nikah pun hari yang sama dengan kami. caught my pengapit checking on the payung. good girl! yang suaminya tu tgh bebel ape tah kat suamiku ;p





6.  Perhatikan keadaan pakaian pengantin sentiasa elok atau tiada yang tersangkut di mana2. Contohnye kalau layah (veil) dah tersenget ke sbb peluk2 family, atau kain terangkat sikit ke mase duduk (tak cantik dlm gmbr), bulu mata palsu terjatuh ke, sampin terbukak ke, keris nak terjatuh ke what -so-ever... haaa pepandai lah nak touch up bagi nampak cantik yer.. ingat, itu tanggungjawab pengapit untuk memastikan pengantin sentiasa kelihatan cantik dan elok!

 pengapit contoh betol ^^


sebelum isteri tolong betolkan baju suami, bestman dah tolong dlu. pengapit contoh in da house~






7. Ingatkan pengantin untuk sentiasa senyum, duduk tegap (taknak bongkok ye) dan jangan bersembang atau melambai2 macam Miss World.
First impression tu penting.
Baik masa sebelum akad mahupun semasa berarak dan duduk di atas pelamin, senyuman tu perlu dipasang sepanjang masa.
Tapi janganla sengih besar sangat. Hehe.
Sebelum akad biasanya pengantin akan nervous atau takot kn?
Time tu muka nak serious je.
Kadang2 jadi tak lawa plak.
Dah la banyak kamera akan snap candid pictures time tu kan?
So, tugas anda untuk remind them utk senyum manis.
Begitu juga semasa berarak masuk, ask them utk senyum sepanjang berarak masuk dan di atas pelamin juga.
Kalau tak dapat cakap "senyum" sebab jauh ke ape, buat isyarat tangan pun jadila.
Asalkan orang lain tak perasan yang anda sedang mengarahkan pengantin untuk senyum.
Air muka pengantin kene jaga jugak ;)

apa agaknya la yang dibebelkan oleh bestman ni kan?;)



8. Berkenalanlah dengan pasangan pengapit anda.
Bermesra atau berbaik2 lab dengan pasangan pengapit anda agar keserasian terjalin sepanjang majlis.
Bincang sket2 tentang apa nak buat nnt.
Atau masa bertugas tu jeling2 sket tengok pasangan pengapit anda buat apa dan kalau boleh samakan pergerakan anda berdua agar nampak teratur.




9. Berkenalan juga dengan ahli keluarga dan urusetia penting dalam sesuatu bahagian contohnya berkaitan dengan aturcara majlis ataupun kaum kerabat pengantin kedua2 belah pihak.
Ini penting sekiranya keluarga pengantin diperlukan oleh mana2 tetamu yang merujuk kepada anda mahupun diperlukan oleh pengantin.
Anda lah yang perlu mendapatkan indivu indivdu tersebut.
Takkan pengantin nak cari pula kan?

 
ini pengapit lelaki sedang minta izin bawak lari pengantin ppuan p kat pengantiin laki nih! kalau tak kenal mana bapa pengantin, tak ke haru?? 





10. Sanggup menjadi "kuli" dalam setiap aspek.
Disebabkan anda yang paling dekat dgn pengapit, maka banyak perkara yg kadangkala anda yg harus setelkan.
Contohnye, bila pengantin direnjis, daun2 atau bahan renjisan pada tangan pengantin tu tolong lah bersihkan dengan tisu dsbnya.
kalau ada org nak merenjis yg xtahu cmne nak merenjis, anda lah yg kene ajar caranya bagaimana. (tu kalau xde makcik2 yg nak explain la).
Tak pun, kalau pengantin tak sure psl sumthing, nak kene tnye makcik2, atau barang tertinggal, anda lah yg harus pegi cari barang2 tu atau makcik2 tu utk bertanye.. dan macam2 hal lagi yg seangkatan dengannye lah..mcm "runner" lah kiranya. Jangan malas!

pengapit tolong pegang bunga bile pengantin kene pegang kertas. heee




11. Harus bersedia menjadi pelayan di meja makan beradab.
Kadang-kadang pihak katerer tak sediakan khidmat pelayan kepada pelanggan mereka.
So u guys, kene ganti lah. Bukan untuk semua la.
Kata Raja Sehari, so pengantin la yang korang kene tolong sendukkan nasi dan lauk pauk.
Sila bertanya pada rakan anda si pengantin itu tentang ini seelok2 nye sebelm majlis.





12. Kawal gaya berposing anda.
Jangan posing lebih-lebih. Ingat, siapa pengantinnya?
memang kadang2 anda akan rasa macam diketepikan atau tak mendapat perhatian tetapi sebagai pelengkap, pengapit diperlukan disebelah pengantin semasa bergambar juga.
Tp janganlah posing over gedik or terhegeh2 sebelah pengantin tu.
Terutama sekali bila aturcara majlis masih berjalan.
Sebab perhatian masih lagi pada pengantin jadi kamu yang disebelahnya pun perlu menunjukkan tingkah laku yang sopan dan sedap mata memandang.
Imej pengantin turut akan terjejas kalau pengapit melampaui batas :p
Kecuali bila selesai tugas, anda mahu bergambar candid atau sebagai koleksi peribadi tu lain la..



13. Yang paling penting, anda perlulah menjadi peneman dan penenang yang baik.
Kalau masa nikah, pengapit lelaki lah yang berperanan penting bagi menenangkan hati pengantin lelaki sebelum akad tu.
Mane tau gugup ke apa, bantulah dia. Hehe.
Kira kurangkanlah stress




14. Hafal atau fahamkan aturcara majlis.
Ini penting demi kelancaran majlis.
Jika majlis tidak melantik penjaga masa atau aturcara, tugas ini boleh dibantu oleh pengapit.
Ia juga penting sekiranya pengantin gugup dan terlupa dengan apa yang bakal berlaku selepas sesuatu acara.
Jadi pengapit boleh memaklumkan atau mengingatkan pengantin agar pengantin tak nampak lost atau blur nak ke mana selepas ini.



15. Perlu bersedia menghadapi soalan cepukcemas!
Sebagai orang yang mengiringi pengapit, jika belum berkahwin lagi, mungkin soalan "awk bile lagi" akan anda dengari banyak kali dalam majlis itu.
Harus tebalkan telinga dan menyediakan jawapan untuk the inevitable question itu. ;)





Kesimpulannya tugas pengapit ini perlu digalas oleh orang yang ikhlas, rajin, bertanggungjawab dan boleh diharap.
Jangan nak glamour je banyak gambar dengan pengapit atau dapat naik pelamin. 
Tanggungjawab anda juga besar bagi memudahkan dan membantu pengantin selain memastikan kedua-dua mempelai kelihatan cantik sentiasa.



p/s: harap dapat membantu bakal2 pengapit, especially yg first timer. juga harapnya dapat bantu bakal pengantin memilih pengapit yang sesuai berdasarkan perkara2 di atas

p/s lagi: pengapit2 saya di kedua2 majlis ni, sangat bagus. almost semua ciri2 diatas diorang ada. bertuah badan dapat pilih pengapit yang bagus. thank you Ainura, Luqman, Fadzree & Fifie!




2 comments:

azizah :) said...

terbaikk! suka tips2 ni...

hans npy said...

mmbantu mmbntu... thanx..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...