Surat Pekeliling


campaign image campaign image campaign image campaign image



They Read

Monday, March 18, 2013

Trauma Lahad Datu


Ye. Saya trauma
Trauma sampai rasa xmampu nak blogging lg
Bukan sbb xde mood tp sbb benda yg paling saya nak sembang sekali ialah tentang kaitan kes Lahad Datu ni dengan saya.
Tapi tak boleh!
Keselamatan saya mungkin terjejas.
Keselamatan suami jugak.
Jadi masa yang lebih lama diambil untuk ada aura nak sambung blogging
Tgkla bile latest update blog ni kan?

Well, as some may know saya dah berpindah ke Sabah
and some may know which part of Sabah
Tapi sekarang dh pulang sebentar ke KL.
Seorang diri tanpa suami
Tapi jgn risau, soon i'll be back to Sabah.
Rindu laki oi! :p
Rindu rumahku syurgaku juga~


------------------------------------------------------------------------------------------------------

semua sedia maklum bile disebut tentang Lahad Datu
Saya yang xtgk berita pun boleh tau, takkan yang cinta TV tu xtau kan?

serba sedikit saya pun terlibat sama
Ye, saya tak tinggal di Lahad Datu, tidak pula lahir di sana
tp kalau dh kehidupan sendiri pun terjejas, takkan saya xtau lg plak kan?

mmg xminat tgk brita sbb terlalu banyak hal2 politik.
sampaikan minat pada berita pun xde walaupun berita itu penting juga
tapi lebih dari seminggu mental emosi ni menderita kt sana, serba sedikit i want to know what's up



----------------------------------------------------------------------------------------------------
kalau orang tanya, ok tak sana?
xtau ape nak jawap
lagi2 pada orang yang saya xrapat.

kalau pada yang rapat, bole jgk la nk sembang btol2
yang lain? susah la.
sbb saya sepatutnya rahsia kan benda ni kan?
"rahsia kerajaan" kata orang

well, my home now is jauh dr Lahad Datu kalau kite tgk map
jauh jugak dari Semporna atau Tawau
tapi serba sedikit, We were in Sabah n sebuah pulau
PULAU
means kau nak lari ke mana kalau penjahat dtg?
airport? cakap senang la
penceroboh juga bole dtg dari laut
logik?
dats y kami juga terjejas sikit

nak keluar xbole dh macam selalu
nak bukak lampu waktu malam xbole
nak bising2 waktu malam?memang tak la!
nak ke pos ofis pos barang? Sapa brani, kuar la ke sana
nak makan McDonald? Ayoyo beraninya?
nak ke lapangan terbang utk fly pun kene apply borang ok!

begitula.
xdapat nak dicerita kan dengan jari ni
terlalu besar pengalamanku dengan kes ni bagi orang yg biasanya hidup aman damai di KL sebelum ni

bila masa2 camni la buatku terfikir;
mcmana lah anak2 kecil di Palestin bila diserang selalu?
Saya yang hanya risau bila malam, mereka pula 24jam diserang bom!
Saya yang hanya risau,tp mereka pastinya sering mendengar bunyi bom sana sini

suami tak balik rumah kerana sibuk menjaga keamanan di kawasan rumah
Walaupun dekat je ofis dengan rumah.
tapi xbole balik makan tengahari mcm selalu
itu ok lg.
ramai yang mengalaminya kot

---------------------------------------------------------------------------------

baju yang dibasuh tak boleh sidai di bawah matahari
Tak boleh sidai diluar rumah
dikuathiri dikesan kewujudan orang dalam rumah ni oleh penceroboh tu semua

nak dating dengan suami di luar? jangan harap la
dating dalam rumah pun sekejap je.
break sebelum die ke pejabat
2 jam pun cukup panjang dah kalau dpt spend time bersama
tiap2 hari masak je lauk utk dia.
just in case kalau dia balik
kalau die balik, xde la lambat die nk makan
feed him food banyak2 supaya dia banyak tenaga nak berjuang utk melawan musuh

tiap2 malam risau kalau2 diri ni jadi b*lu. (Nauzubillah..)
tanpa anak.
faham tak perasaan tu?
tiap2 malam risau kalau yang mengetuk pintu rumah tu adalah orang yang nak menyampaikan berita buruk
tiap2 malam risau kalau yang di pintu itu penceroboh Sulu
ada tak korang risaukan itu sepanjang tempoh pencerobohan baru2 ni?
itulah yang aku rasa tiap2 malam di sana
tp Alhamdulillah..dia pulang juga setiap pagi atau ada juga berita darinya keesokkan harinya




-------------------------------------------------------------------------------------------------------

bila suami suruh ke KL secepat mungkin,
airmata hampir menitis
tak nak berpisah walaupun diri ni tak dapat nak tidur memikirkan keselamatan diri dan rumah kami.
tak berani nak tinggalkan suami seorang diri di sana.
namun arahan diterima.
percaya pada suami. itu penting
tawakkal dan percaya pada Allah, itu lebih utama

berbekalkan doa supaya Allah jaga suami di sana, aku pun ke KL
seronok memang seronok kerana rindukan tempat asal
tapi takboleh nak seronok kerana yang di  sana masih bersusah payah



doa ku iringkan

----------------------------------------------------------------------------------



Tapi Alhamdulillah..
dengarnya dah semakin pulih
tak sabar nak ke Sabah semula
tapi kerja di sini perlu disiapkan dulu
seperti yang dipesan suami

oh Tuhan, permudahkanlah urusan kami
pertemukanlah kami suami isteri secepat mungkin
terima kasih kerana menjaga keselamatan suami dan kediaman kami
semuanya ada hikmah
aku sendiri percaya itu.


*terima kasih sgt pada semua yang mendoakan kesejahteraan Sabah dan Malaysia. I really appreciate it sbg penduduk Sabah
*"untunglaaa" siapa yang boleh lagi berjalan2 cuci mata dengan bebas di siang dan malam hari, makan dinner sedap2 diluar, tidur atas katil yang empuk semasa kami berhadapan dgn kes ini
*buat yang kerap bising mulut tentang anggota keselamatan negara dan kaitan politik tu semua..jagalah mulut n jari anda yg menaip kerana mereka dan kami disini berkorban masa, keinginan, tenaga dan emosi sepanjang tempoh yg menakutkan ni agar Malaysia kekal aman dan penduduknya tenang


2 comments:

IMaH said...

Take care...macam scary sangat keadaan dekat sana. Ada baca blogger bgtatau jala raya pun jadi sunyi. semua orang takut nak keluar rumah. In sha Allah semuanya akan baik. saya doakan semuanya selamat & awak & suami pun selamat danleh hidup mcm dulu balik tanpa rasa takut mcm skrg

aMyErInAiMiE said...

Imah : Aamiin...tq Imah. i was hoping for the same thing too. biarla kte semua aman je mcm sebelum ni kan..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...