Surat Pekeliling


campaign image campaign image campaign image campaign image



They Read

Wednesday, July 3, 2013

Perkara yang boleh dibuat sementara menunggu waktu berbuka


selamat pagi!

skang ni dh nk habes syaaban dh kan?
nak masuk Ramadhan dh.
Time ni la ade yg last minute nk ganti puasa,mcm sy ni. Huhu
Malu je.hee

so now nk share,ape yg kte boleh buat sementara menunggu waktu berbuka
takkan nk tdo or tgk tv je seharian kan?
ini antara cdgn jela
Termasuk cdgn sy sendiri

1. Keluar membeli brgn or bahan mentah utk berbuka dan sahur nant
Boleh jgk beli utk stok seminggu.
sebulan pun bole..ikut la,kerap mana anda berbuka di rumah
Sbb biasanya kan mgu kedua n ketiga ramai buat majlis berbuka plak kt luar.heee

2. Power nap.
Maknanya tido sekejap utk regain energy andai kata keletihan pagi tu
Ini biasanya waktu ptg la..or sebelum zuhur..lepas kemas2 rumah pg tu (buat surirumah), bole la nap sekejap
sekejap je taww..2jam maximum
Lama2 sgt dh bkn nap.
Tdo namanya.kalau smpi ke lg sejam nk bbuka pn masih tdo,alamatnya serupa mcm xpuasa la kn.hehe

3. luangkan masa bersama keluarga
Buat yg ada anak2 dirumah, masa ni la anda bole luangkan masa dgn mereka
Main dgn mereka ataupun semak kerja sekolah mereka atau teman mereka ulangkaji
Lagi bagus kalau dpt memberi tazkirah atau bercerita ttg Ramadhan dan kaitannya dlm cerita2 yg kite tau

4. re-organizing.atau susun semula
Semua boleh buat aktivit ni.
atur semula apa sahaja di dalam rumah atau bilik anda.
Tempat kerja di rumah pn sesuai jgk utk disusun semula.
selain ruang tamu,dapur dan bilik..re organising ur jadual harian pn bole jgk

5. Siapkan makanan iftar /berbuka
siapkan seawal mungkin makanan dan minuman utk berbuka agar dapat bersedia atau memberi ruang yg lebih utk beribadat di sebelah malam

6. Sediakan makanan utk sahur
ini boleh disediakan sebelum waktu berbuka agar anda dpt merehatkan diri lebih lama selepas berbuka dan sebelum tidur nnt
tidurlah sekejap sebelum bersahur

7. Mengeratkan silaturrahim
sekiranya anda berbuka di masjid atau sebarang majlis berbuka, datanglah awal agar dpt bergaul mesra lebih lama dgn org yg ada bersama anda.
Jangan plak p bantai mengumpat ye, sia-sia je puasa ;)

8. Berzikir
Sekiranya tiada orang utk berborak,berzikir dan berdoalah sementara menunggu waktu berbuka.
buat aktiviti2 kerohanian agar masa anda terisi dgn baik

9. Beramal dgn jiran
masaklah lebih lauk berbuka anda dan berikan sedikit kepada jiran terdekat.
didik anak-anak anda agar beramal dengan cara yg mudah iaitu dgn cara masak bersama dan kemudiannya memberi sedikit kepada jiran2.

10. membuat kerja kraftangan
sekiranya anda masih dlm tempoh belajar atau sudah mahir dgn mana2 kerja kraftangan, isilah masa dgn mengasah bakat itu
Mana tau boleh buat part time job
sekarang zaman pn dh maju
boleh belajar dr video web seperti youtube dsb
selain itu,boleh juga buat kad raya handmade utk diberikan kpd rakan baik dan jiran
skg kn org dh xbagi kad raya kan?
jadi hasil kerja anda akan menjadi sangat precious!
msti org suka menerimanya ;)

11. rancang aktiviti Hari Raya
berkumpul dan berbincang dgn jiran2 atau saudara mara berkenaan plan majlis rumah terbuka ataupun majlis berbuka puasa.
boleh juga berbincang jadual lawatan ke rumah di Hari Raya nnt!


anda ada lagi cadangan yg lebih bernas ataupun menyeronokkan?
share la!
or if anda bersetuju dgn my artikel ni..share la dgn kwn2!
ini pun ilmu jgk.
Bagus berkongsi ilmu kan?
lagi2 menjelang bulan puasa ni

Wassalam





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...