Surat Pekeliling


campaign image campaign image campaign image campaign image



They Read

Tuesday, July 1, 2014

Tips : Memilih vendor katering



1. Pastikan makanan mencukupi dengan tambahan secukupnya.
Dapatkan maklumat dan kepastian dari katering yang bakal ditempah untuk mendapatkan jumlah makanan yang mencukupi. Seelok2nya pastikan ada extra jumlah makanan. Katering yang mementingkan servis dan produk mereka sentiasa menyediakan lebihan makanan di dalam 10% ke 20% extra dari yang telah dipesan.

2. Merasa atau mencuba makanan atau taste / test food
Sebelum membuat keputusan untuk memilih katering, rasa makanan yang disediakan dahulu. Yang paling bagus adalah merasa makanan yang disediakan di majlis katering yang sedang berlangung yang katerer kendalikan. Secara alternatifnya boleh datang ke tempat di mana penyediaan makanan dibuat. Datanglah pada hari dimana majlis yang akan dikendalikan oleh katerer akan diadakan. Sekarang ni,biasanya pihak katerer yang terlibat dengan pameran perkahwinan akan membawa skali sample makanan untuk sesi merasa bakal pelanggan mereka. Jadi pada masa ni la kite nk bawa family kite merasa sekali



3. Sekiranya anda ada kelapangan untuk datang sendiri menguji makanan di tempat katerer, adalah lebih baik untuk mengambil peluang ini untuk meninjau dapur dimana katerer menyediakan makanan. Katering yang memberi peluang untuk melihat dapur mereka adalah lebih telus dan terbuka. Juga anda dapat perhatikan tahap kebersihan dapur, cara memasak untuk kesihatan yang tidak memusnahkan zat-zat pemakanan, pemilihan ayam daging dan sayur-sayuran serta buah-buahan segar semasa penyediaan makanan.

4. Bertanyalah sebanyak mungkin dan lihat reaksi penyedia katering anda. Katering yang bersabar melayan karenah anda dengan segala pertanyaan secara tidak langsung menggambarkan bagaimana servis yang bakal disediakan kepada tetamu dan pelanggan semasa majlis kelak.

5. Dapatkan quotation atau sebut harga yang se-detail yang mungkin. Nyatakan segala apa yang anda inginkan dengan sejelas-jelasnya. Lauk-pauk, pencuci mulut, nasi minyak atau nasi putih, khemah, meja pengantin dan sebagainya yang berkaitan dengan hal-hal makanan. Gunakan maklumat-maklumat yang sama ini untuk anda dapatkan quotation daripada katerer-katerer yang lain.
6. Pastikan sekurang-kurangnya anda dapatkan 3 sumber katering yang berlainan untuk bandingkan harga yang paling berbaloi dan dalam masa yang sama menyediakan makanan yang terbaik. Gunakan maklumat yang sama tadi (dalam no 5) untuk anda minta sebut harga daripada 2 penyedia ketering yang lain. 

7. Adalah lebih baik urusan bersama katering ini anda sendiri dan pasangan anda lakukan pergi bertemu secara bersemuka dengan pihak katering. Ingat seperti yang saya katakan tadi, makanan merupakan aspek terpenting dalam menjayakan sesebuah majlis perkahwinan. Anda hanya ada sekali ini sahaja untuk memberi impression yang terbaik kepada tetamu anda. Kalau makanan anda sedap, sudah cukup untuk memberi impression yang baik dan boleh membuatkan tetamu anda berpuas-hati dan happy di majlis perkahwinan anda. 

8.  Tanya dan buat confirmation dengan katerer pilihan anda adakah ada cas-cas lain yang ‘tersembunyi’ ketika menetapkan sebut harga. Mana tahu nanti anda kene bayar lebih daripada yang anda minta ke.pada masa ni juga kte boleg senaraikan cas-cas tambahan dalam comparison 3 katerer tadi. Kadang-kadang pakej yg nampak lebih mahal pada mulanya, sebenarnya menawarkan total spent yg paling rendah antara semua berdasarkan keperluan tambahan kita



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...